BERINAI DI PELAMIN
Sungguhpun adat berinai di pelamin ini tidak lagi dijalankan oleh masyarakat sekarang, akan tetapi masih juga terdapat keluarga yang tetap mengamalkannya. Ini kerana adat menginai ini memerlukan perbelanjaan yang lebih besar dan agak rumit, maka hal ini menyebabkan upacara ini semakin dilupakan. Adat berinai di pelamin ini dilakukan dalam 3 peringkat. Pada kali pertama ia dinamakan berinai curi, pada kali kedua dinamakan berinai kecil dan pada kali ketiga dinamakan berinai besar.Dalam kebanyakan negeri, biasanya adat berinai di pelamin ini dijalankan pada malam hari. Berbeza dengan negeri Johor, upacara ini dijalankan di sebelah petang.Upacara berinai akan dijalankan sebelum upacara akad nikah dan bersanding. Dalam majlis tersebut, anak dara itu akan dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah, iaitu pakaian pengantin, lalu dibawa duduk di atas pelamin yang terletak di ruang tamu. Anak dara itu akan duduk di hadapan sekumpulan kaum keluarga dan sahabat handai yang biasanya terdiri daripada kaum perempuan. Bagi upacara berinai curi dan berinai kecil, hanya pengantin perempuan sahaja yang akan duduk di atas pelamin dan diinaikan. Pengantin lelaki akan datang ke rumah pengantin perempuan untuk diinaikan pada upacara berinai besar. Dalam upacara tersebut, pengantin perempuan akan diinai terlebih dahulu di atas pelamin. Setelah selesai, pengantin perempuan akan dibawa masuk ke dalam bilik dan pengantin lelaki pula akan diinaikan di atas pelamin. Ringkasan cara menginai di atas pelamin itu adalah seperti berikut : Di atas pelamin, di hadapan pengantin itu akan diletakkan sebuah pahar berkaki tinggi yang disusun dengan beberapa bekas dan piring, satu berisi beras kunyit, satu berisi bertih dan satu lagi berisi air tepung tawar yang lengkap dengan perenjisnya. Di tengah-tengah pahar itu diletakkan sebiji astakona kecil berisi inai yang sudah siap digiling halus. Pengantin akan diinaikan secara bergilir-gilir oleh ahli keluarga dan upacara akan dimulakan dengan ahli keluarga lelaki yang berpangkat tua-tua seperti datuk, bapa dan bapa saudara. Mula-mula, sejemput beras kunyit akan diambil dari bekas yang di atas pahar tersebut dan dihamburkan ke kiri dan kanan pengantin. Kemudian, diikuti dengan sedikit bertih dan akhir sekali perenjis tepung tawar akan dicicahkan sedikit ke dalam bekas berisi air tepung tawar lalu ditepukkan sedikit ke atas belakang tangan pengantin yang berada di atas ribaan pengantin itu. Akhir sekali, inai akan dicubit sedikit dari astakona inai dan dicalitkan di tapak tangan yang sudah beralas dengan daun sirih. Setelah selesai, emak pengantin akan menyusunkan jari kedua-dua tangan pengantin itu dan diangkatkan ke muka pengantin seperti orang menyembah. Dalam adat ini, bilangan orang lelaki yang hendak menginaikan pengantin mestilah ganjil, iatu tiga, lima atau tujuh orang. Setelah tamat diinaikan oleh orang lelaki, mereka akan keluar daripada majlis itu dan upacara diteruskan oleh orang perempuan dengan cara yang sama juga. Cara yang sama akan dilakukan dalam setiap majlis berinai tidak kira ianya majlis berinai curi, berinai kecil atau berinai besar. Apa yang berbeza hanyalah pengantin lelaki akan turut diinai dalam adat berinai besar. sumber : http://st301247.sitekno.com/article/44613/berinai-di-pelamin.html
Berinai lebai
Upacara
berinai lebai ini biasanya banyak dilakukan pada malam hari dan terbatas kepada
kaum Bapak yang terdiri dari Penghulu atau Penua Adat, alim ulama, Tokoh
Masyarakat, sehingga pada upacara ini kaum ibu hanya diperkenankan untuk
menyaksikan saja.
Pada upacara
bernai lebai ini atas kesepakatan pemuka adat dan alim ulama, maka diputusakan
bahwa orang tua kandung dari kedua belah pihak tidak diperkenankan untuk
melakukantepung tawar,hal ini di karenakan setiap orang tua senantiasa mendoakan
keselamatan anaknya.
Selain itu pada upacara cecah inai ini akhir
daripada urutan kegiatanya adalah mengankat kedua tangan sebagai isyarat
menyembah raja sehari. Dengan kata lain tidaklah pantas seorang ayah mengangkat
sembah kepada anaknya.
Alasan lain
adalah julukan atau gelar yang diberikan kepada lebai oleh masyarakat melayu
Bengkalis hanyalah kepada kaupak dan tidak terhadap kaum ibu. Sebagai wujud
rasa syukur masyarakat melayu Bengkalis hampir disetiap kegiatan atau upacara
diakhiri dengan pembacaan doa serta makan bersama.Peralatan berinai lebai
berada berbeda sedikit jika dibandingkan dengan peralatan tepuk tepung tawar.
Dimana peralatanya terdiri dari air bedak, beras basuh, beras kunyit, bunga
rampai, bertih, air mawar dan inai, sementaraperalatan tepung tawar inai tidak
disertakan.
Berinai lebai
selalu dihadiri oleh banyak orang dandismarakan dengan musik tradisional
Seperti gendang Panjang, Nafiri dan Gong :Sebagaimana kata bidal :. Adapun
tata cara pelaksanaan berinai lebai, dilakukan secara bergiliran oleh penghulu
adt, pemuka adat, alim ulama dan sanak keluarga dalam jumlah yang ganjil baik
terhadap mempelai laki-laki begitujuga mempelai perempuan.Pelakasanaan berinai
lebai ini dilakukan sesuai dengan derajat atau keturunan kebangsawananya,
seperti terhadap keturunan Raja atau Tengku yang melakukan cecah inai sebanyak
sembilan orang, jika keturunan Datuk, Wan dan Batin dilakukan sebanyak tujuh
orang dan apabila keturunan orang kebanyak maka melakukan cecah inai hanya
sebatas lima orang.
Berinai lebai
dilaksanakan ketika mempelai telah berada dipeterakna atau pentas pelamainan.
Satu persatu mereka maju kemudian duduk pada kursi yang telah bersedia
dipeterakna. Setelah selesai mencecah ianai terhadap mempelai laki-lai,
gading-gading membawa mempelai laki-laki menuju keruang istirahat. Sementara
Mak Andam membawa mempelai perempuan menuju peterakna. Gendang , nafari dan
gong kembali berbunyi, upacara berinai lebai pun kembali dimulai.Diawali dengan
menyapu air bedak sejuk ketangan mempelai, disusuli menabur beras putih, beras
kunyit, bertih dan dilanjutkan dengan menabur bunga rampai, mencecah ianai
serta diakhiri dengan merenjis air mawar kearah mempelai. Dan sebelum
meninggalkan pentas peterakna yang melakukan cecah inai diharuskan mengangkat
sembah dengan mengankat kedua tangan terhadap mempelai. Selesai melaksanakan
cecah inai tokoh adat, alim ulama, pemuka adat dan sanak keluarga yang
melakukan cecah inai diberikan kue berkat, nasi kunyit dan telur ayam yang
telah direbus bewarna merah. Menurut masyarakat Melayu Bengkalis, apabila kedua mempelai janda atau duda maka upacara
berianai lebai dilaksanakan secara serentak terhadap kedua mempelai, dengan
kata lain duduk secara bersamaan. Berinai lebai bagi masyarakat melayu dulunya
mempunyai makna yang cukup besar. Melalui upacara berinai lebai dapat
membedakan status perawan maupun janda, jejaka maupun duda, anak tempatan
ataupun anak dagang.
Jika mempelai
laki-laki bukan penduduk tempatan, maka upacara berinai lebai dilaksanakan pada
satu rumah yakni dirumah mempelai perempuan. Tetapi bila kedua-duanya penduduk
tempatan, maka upacara berinai lebai dilakasanakan dirumah masing-masing. Namun
atsa kesepakatan dan keinginan dari kedua belah pihak, pelaksanaan cecah inai
dapat dilakukan dua kali, yakni pertama dirumah mempelai perempuan dan kedua
dirumai mempelai laki-laki. Tahapan demi
tahapan telah dilalui namun upacara adat pernikahan belum lagi selesai. Upacara
berikutnya yang harus dilakukan oleh mepelai perempuan adalah “Khatam
Alquran”.
sumber : http://praktekjurnalistik.blogspot.com/2012/06/adat-berinai.html
bisa lihat jg artikel di :
http://melayuonline.com/ind/culture/dig/1545#bag4b
http://www.scribd.com/doc/75410100/Tata-Cara-Pernikahan-Adat-Melayu-Riau
0 comments:
Post a Comment